- Lain-lain
Sukan Asia Hangzhou: Pelbagai Cara Pembayaran Mudahkan Warga Asing
Sukan Asia ke-19 sedang berlangsung di sini. Untuk memudahkan pengembara asing yang mengamalkan cara pembayaran berbeza, Bank Rakyat China, UnionPay, dan beberapa bank komersial serta institusi pembayaran pihak ketiga mengambil langkah-langkah untuk menawarkan pelbagai cara pembayaran rentas sempadan demi memenuhi permintaan mereka.
China UnionPay bekerjasama dengan beberapa institusi kewangan untuk menaik taraf lebih 50 ribu unit mesin POS dan ATM untuk memudahkan pengembara asing yang biasa membayar menggunakan tunai atau kad.
Di samping itu, pengembara asing yang mempunyai kad UnionPay juga boleh menggunakan kad mereka di China tanpa halangan.
Dari aspek e-bayar pula, pengembara asing boleh membayar menggunaan e-wallet di negara masing-masing, tanpa perlu memuat turun aplikasi pembayaran China.
Sekarang, pengguna e-wallet dari sepuluh negara termasuk Malaysia dan Korea Selatan boleh terus menggunakan aplikasi itu apabila membayar di China.
- Sukan Asia Rangsang Pelancongan Sekitar Hangzhou
- Naib Pengerusi IOC: Presiden Xi, Rakan Penting Usaha Olimpik
- Singkap Wajah Baharu Hangzhou dalam Sukan Asia
- Acara E-sukan Sukan Asia ke-19 Bermula Semalam
- Ketua Kontinjen Malaysia: Senyuman Sukarelawan Sukan Asia Hangzhou Tawan Hati Saya
- Majlis Pembukaan Sukan Asia Hangzhou Menyerlah dengan Gabungan Inovasi-Kebudayaan
- Pingat Perak Pertama Brunei dalam Sukan Asia
- Xi Umum Perasmian Sukan Asia ke-19
- Xi Hadiri Upacara Perasmian Sukan Asia ke-19
- Xi Ditemui Presiden IOC