- Lain-lain
Kapal Kontena Terbesar Diserah kepada Pelanggan di Shanghai
Kapal terakhir dalam kumpulan kapal kontena ultra-besar kelas 24,000 kontena di dunia "MSC CHINA" yang dibina oleh Jiangnan Shipbuilding, anak syarikat China State Shipbuilding Corporation dan China Shipbuilding Trading untuk CSSC Leasing dan Swiss Mediterranean Shipping Company (MSC) diserah kepada pelanggan di Shanghai pada Isnin.
Kapal yang direka bentuk oleh China Shipbuilding Industry Corporation Hudong-Zhonghua itu panjangnya 399.99 meter, merupakan kapal kontena dengan volum kontena terbesar di dunia.
Sehingga kini, Jiangnan Shipbuilding dan Hudong-Zhonghua di bawah China State Shipbuilding Corporation telah menyiapkan dan menyerahkan 13 kapal kontena ultra-besar di dunia, dan ini juga bermakna Shanghai telah menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pembinaan kapal ultra-besar di dunia.