- Lain-lain
Masyarakat Antarabangsa Perlu Redakan Ketegangan Palestin-Israel
China berasa dukacita tentang konflik antara Palestin dengan Israel yang mengakibatkan sejumlah besar rakyat jelata cedera dan maut. China memberikan perhatian tinggi terhadap situasi keselamatan dan kemanusiaan yang semakin memburuk di Palestin serta menzahirkan rasa bimbang akan konflik meruncing yang menjejaskan kedamaian dan kestabilan serantau.
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian ketika diminta memberi komen tentang situasi konflik Palestin-Israel serta peranan China dalam perkara tersebut dalam sidang media pada Khamis.
Beliau mengatakan, gencatan senjata perlu segera diwujudkan untuk melindungi rakyat jelata. Di samping itu, masyarakat antarabangsa perlu memainkan peranan yang praktikal untuk meredakan ketegangan situasi, dan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dengan segera.
Beliau menegaskan bahawa "pelan dua negara" dan rundingan damai adalah mustahak untuk menyelesaikan konflik yang berulang di rantau itu.
- Negara Asia Barat Bincang Isu Palestin-Israel
- Angka Korban dalam Konflik Palestin-Israel Meningkat kepada 2,800
- Kehadiran Kapal Induk AS akan Burukkan Situasi Palestin-Israel
- Rusia Sedia Bantu Palestin, Israel Capai Pelan Penyelesaian
- Sokongan Ketenteraan AS ke Israel "Dalam Perjalanan", Kata Pegawai White House
- 'Penyelesaian Dua Negara', Jalan Keluar Krisis Palestin-Israel: Utusan China
- Angka Korban dalam Konflik Palestin-Israel Meningkat kepada Lebih 2,100
- China Seru Israel dan Palestin Bertenang, Elak Ketegangan Meruncing
- Lebih 1,100 Orang Maut dalam Konflik Palestin-Israel
- Konflik Palestin-Israel Pusingan Baharu Ragut 400 Nyawa