99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China, Qatar Kecam Serangan terharap Warga Awam

(CRI)Jumaat 20 Oktober 2023

Utusan khas kerajaan China bagi isu Asia Barat, Zhai Jun bertemu dengan Menteri Negara bagi hal ehwal luar Qatar, Mohammed bin Abdulaziz Al-Khulaifi di Doha pada Khamis untuk membincangkan situasi semasa di Palestin dan Israel.

Zhai berkata China sedih melihat kehilangan nyawa dan kecederaan melibatkan orang awam yang tidak bersalah serta keadaan kemanusiaan yang semakin buruk akibat konflik berkenaan.

China menentang dan mengecam segala tindakan yang membahayakan orang awam, dan menolak sebarang amalan yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Zhai menggesa supaya semua pihak terlibat bertenang dan bersabar bagi mengelak situasi bertambah buruk.

Katanya, China berpendirian konsisten dalam menggalakkan perdamaian dan perundingan, serta mendorong penyelesaian secara politik.

Dalam pada itu, China sedang menjalankan komunikasi intensif dengan semua pihak terbabit ke arah menggerakkan gencatan senjata dicapai.

Al-Khulaifi berkata Qatar mengecam serangan menyasar orang awam, dan menentang sebarang tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Menurut beliau, Qatar sedang aktif melakukan pengantaraan diplomatik untuk mendorong ketegangan diredakan.

Beliau berkata, Qatar menghargai peran dan pengaruh China, dan ingin memperkuat komunikasi dengan China, berusaha untuk mencari penyelesaian yang adil dan munasabah untuk masalah Palestin dengan secepat mungkin.

Video

Berita Berkaitan