- Lain-lain
Ketua Kampung Laos Banyak Belajar daripada Lawatan ke Yunnan
Pelajar dari Laos bersiap sedia untuk menaiki kereta api laju Lancang di stesen yang baru siap dibina di laluan Kereta Api China-Laos di Vientiane pada 21 Jun. (Xinhua/Kai Qiao)
Pengunjung melihat sendiri usaha membasmi kemiskinan, menghidupkan kawasan desa
Provinsi Yunnan di barat daya China terkenal dengan bunga-bunga yang berkembang sepanjang tahun, daun teh yang dipetik tangan di lereng gunung, dan penduduk berbilang etnik yang berpakaian tradisional.
Pada bulan Mei, sekumpulan ketua kampung dari Luang Namtha, Laos yang seramai 10 orang menaiki kereta api ke Kunming, ibu kota Yunnan.
Salah seorang ketua kampung, Tong Xoc Piewmeu, 30, menjadikan penanaman padi sebagai fokusnya sepanjang tempoh lawatan.
Pengunjung membelek produk-produk yang dipamerkan pada Ekspo China-ASEAN ke-20 di Vientianne pada April. (Xinhua/Kai Qiao)
Dari 15 hingga 19 Mei, Piewmeu telah mengambil bahagian dalam satu kelas latihan di Kunming yang diatur khas untuk ketua-ketua kampung dari Laos. Ahli rombongan telah didedahkan kepada teknik-teknik pertanian moden, kemajuan perubatan tradisional Cina, pengalaman China membasmi kemiskinan, serta langkah-langkah untuk menghidupkan kawasan desa menerusi sektor pelancongan dan penjagaan kesihatan.
Hentian pertama dalam lawatan mereka ialah Institut Vokasional Antarabangsa Lancang-Mekong yang berlokasi di Universiti Minzu Yunnan, daerah Chenggong, Kunming. Di sana, rombongan berkesempatan untuk mengikuti kuliah dua jam oleh Yin Xiaoying, seorang profesor madya di universiti tersebut yang bidang pengkhususannya adalah integrasi industri. Tersentuh dengan keramahan tetamu dari Laos, Yin juga kagum akan hasrat dan keghairahan mereka untuk memajukan ekonomi, serta minat mereka untuk memahami dasar dan langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan China bagi menghapuskan kemiskinan dan membangunkan kawasan desa.
Setakat yang diketahuinya, ketua-ketua kampung yang datang dari kawasan sempadan China dan Laos itu mencadangkan lawatan ke Yunnan supaya dapat belajar dan bertukar-tukar idea.
“Tak sangka, mereka begitu bersemangat sewaktu dan selepas kelas. Mereka banyak bertanya dan sangat aktif melibatkan diri sepanjang sesi,” kata Yin.
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Lambaian Sukan Asia, Asyikkan Diri dengan Siang Malam Hangzhou
- Meninjau Pusat Media Sukan Asia Hangzhou
- Penghantaran Barangan Kereta Api China-Laos Catat 26.8 Juta Tan
- Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama China-Laos Terus Maju
- China Komited Perkasa Kerjasama dengan Laos dan Vietnam
- Rel China-Laos Mudahkan Perjalanan ke Ekspo China-Asia Selatan
- 1.6 Juta Tan Kargo Diangkut Melalui Laluan Kereta Api Asia Tengah
- Kereta Api Buatan China Tiba di Laos
- Temu Bual Bersama Renmin Ribao, Media Laos Mengenai BRI Dilancar
- Pameran Rel Asia Pasifik ke-25 di Bangkok
- 20 Juta Tan Kargo Diangkut Melalui Rel China-Laos
- Kereta Api China-Laos Hantar 13,310 Penumpang dalam Sebulan