- Lain-lain
China Ratifikasi Pemeteraian Protokol Senjata Api
Sesi keenam Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14 telah mengundi dan meluluskan keputusan berhubung meratifikasi pemeteraian Protokol Tambahan di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pembanterasan Jenayah Terancang Transnasional tentang Memerangi Pembuatan dan Pemerdagangan Senjata Api beserta Alat Gantinya dan Peluru (Protokol Senjata Api) pada Selasa.
Protokol Senjata Api yang dimeterai 122 buah negara setakat kini, merupakan salah satu protokol penting di bawah Konvensyen PBB bagi Pembanterasan Jenayah Terancang Transnasional dan dokumen undang-undang penting dalam bidang kawalan senjata konvensional antarabangsa.
Meratifikasi pemeteraian Protokol Senjata Api disifatkan sebagai satu langkah penting bagi China untuk giat melaksanakan Inisiatif Keselamatan Global, mengamalkan multilateralisme dan memelihara keamanan dan kestabilan antarabangsa dan serantau, dan juga menunjukkan keazaman China untuk mengawal senjata api dengan ketat dan mengambil bahagian secara aktif dalam kerjasama kawalan senjata api global. Pada masa yang sama, meratifikasi pemeteraian protokol itu juga kondusif bagi mengekalkan keamanan negara dan kestabilan sosial serta meningkatkan keterjaminan keselamatan di kalangan rakyat.
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Lambaian Sukan Asia, Asyikkan Diri dengan Siang Malam Hangzhou
- Meninjau Pusat Media Sukan Asia Hangzhou
- China Ratifikasi Pemeteraian Protokol Senjata Api
- Keganasan Senjata Api Pembunuh Terbesar Juvenil di AS
- Keganasan Senjata Api: 25,198 Terbunuh di AS Tahun Ini
- China Sokong Pelan Tindakan Antikeganasan Pakistan
- Xi Sampaikan Takziah Insiden Serangan Ganas di Uganda
- Gencatan Senjata Selama 24 Jam di Sudan
- Insiden Tembakan Ragut 11,500 Nyawa Lebih dalam 100 Hari Pertama Tahun Ini di AS
- SDF Culik Rakyat Jelata Syria
- Lebih 6,000 Remaja Jadi Mangsa Keganasan Senjata Api di AS
- Perhimpunan Agung PBB Tetapkan 12 Februari sebagai Hari Antarabangsa bagi Pencegahan Ekstremisme Keras yang Kondusif bagi Keganasan