- Lain-lain
Li Qiang Hadir Mesyuarat SCO di Kyrgyzstan
Perdana Menteri China, Li Qiang telah tiba di Bishkek, ibu negara Kyrgyzstan untuk menghadiri mesyuarat ke-22 Majlis Pemimpin Kerajaan (Perdana Menteri) Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di samping mengadakan lawatan rasmi di negara itu.
Dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya di Kyrgyzstan, Sadyr Nurgozhoevich Japarov, Li berkata, lawatannya adalah untuk terus memupuk rasa saling percaya, memperincikan kerjasama, menyuburkan persahabatan dan mendorong keamanan.
"China bersedia bersama dengan Kyrgyzstan untuk melaksanakan kata sepakat yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik dan strategi supaya dapat meneroka lebih banyak bidang baharu dalam kerjasama bilateral," kata Li.
"Selain itu, China juga berharap bersama dengan anggota SCO menyemarakkan 'semangat Shanghai' untuk membawa momentum baharu kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau," tambah beliau.
Japarov pula memberi penghargaan tinggi terhadap hubungan kedua-dua negara yang berkembang ke arah positif, dan menyatakan pihaknya bersedia bersama dengan China untuk meningkatkan pertukaran dalam pelbagai bidang, mempergiatkan pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan mendorong Perkongsian Strategik Komprehensif kedua-dua negara terus menuju ke tahap yang baharu yang dilihat kondusif bagi keamanan dan pembangunan rantau Asia Tengah.
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Lambaian Sukan Asia, Asyikkan Diri dengan Siang Malam Hangzhou
- Meninjau Pusat Media Sukan Asia Hangzhou
- BRI Himpunkan Tenaga ke Arah Wujud Pembangunan Bersama: Putin
- Xi Bentangkan Cetak Biru Pembangunan Bersama BRI, Dorong Modenisasi Sedunia
- BRI Dapat Pujian Pemimpin Asing
- China, PBB Galakkan Pembinaan Bersama Berkualiti Tinggi dalam Kerangka BRI
- BRI Suntik Momentum kepada Usaha Basmi Kemiskinan Global
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Pelaksanaan BRI Satu Kemestian bagi Pembangunan Dunia
- Lebih 90 Peratus Responden Hargai Hasil Pembinaan BRI
- Pada ulang tahun ke-10 inisiatif "Satu Jalur, Satu Jalan", kerjasama Taman Perindustrian China-ASEAN meningkatkan pembangunan berkualiti tinggi
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI