- Lain-lain
China Umum Kru Angkasawan Shenzhou-17
Tiga angkawasan China iaitu Tang Hongbo (tengah), Tang Shengjie (kanan) dan Jiang Xinlin dipilih menjalankan misi penerbangan angkasa Shenzhou-17, umum Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Menurut CMSA, Tang Hongbo merupakan komander misi Shenzhou-17 dan kru berkenaan mencatat purata usia paling muda sejak projek pembinaan stesen angkasa China dilancarkan.
Tiga angkasawan itu tampil di khalayak semasa sidang media bersama wartawan tempatan dan asing di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada pukul 11.00 pagi hari ini.
Difahamkan, kapal angkasa Shenzhou-17 akan dilancarkan pada pukul 11.14 pagi esok.
Objektif misi kali ini antaranya termasuk melakukan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-16 dan singgah di stesen angkasa selama enam bulan, melaksanakan eksperimen saintifik, menjalankan aktiviti luar kenderaan (EVA) serta kerja pemasangan dan penyelenggaraan.
Naib pengarah CMSA, Lin Xiqiang berkata kerja persiapan bagi pelancaran kapal angkasa berkenaan sudah selesai dan tiga angkasawan berada dalam keadaan baik.
Kru Shenzhou-16 dijadual kembali ke Bumi pada 31 Oktober selepas menyiapkan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-17.
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Lambaian Sukan Asia, Asyikkan Diri dengan Siang Malam Hangzhou
- Meninjau Pusat Media Sukan Asia Hangzhou