- Lain-lain
China Bakal Anjur Persidangan Pertukaran Sains dan Teknologi BRI
Persidangan Pertukaran Sains dan Teknologi Jalur dan Laluan edisi pertama dijadual berlangsung di bandar Chongqing, barat daya China pada 6 hingga 7 November.
Persidangan itu memfokuskan kerjasama antara kerajaan serta pertukaran sesama rakyat dalam bidang sains dan teknologi, pembangunan inovatif industri, perubahan paradigma penyelidikan saintifik, perubatan pada masa hadapan, sains terbuka, data besar dan lain-lain.
Sebanyak lima seksyen membabitkan 10 aktiviti utama turut diatur, antaranya termasuk mesyuarat peringkat menteri mengenai inovasi teknologi dalam rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Naib Menteri Sains dan Teknologi China, Zhang Guangjun berkata inovasi sains dan teknologi merupakan komponen penting kerjasama berorientasikan BRI.
"Berpandukan visi komuniti berkongsi nasib sesama insan, kerjasama berkenaan dilaksanakan demi kebajikan rakyat dan pembangunan mampan," kata beliau semasa sidang media di Beijing pada Isnin.
Setakat ini, China telah menandatangani perjanjian kerjasama sains dan tekonologi antara kerajaan dengan lebih 80 rakan BRI sekali gus mewujudkan landskap kolaborasi yang menyeluruh dan berbilang dimensi.
China akan terus melaksanakan pelan tindakan inovasi teknologi BRI bersama negara-negara terbabit untuk menggalakkan kerjasama dan pertukaran sains dan teknologi antarabangsa yang lebih terbuka, inklusif dan saling menguntungkan.
- Wartawan Asing Saksi Kehangatan Liga Bola Keranjang Desa di Guizhou
- Sanjiangyuan: Selangkah Saja dari Langit
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun