- Lain-lain
China Seru Dunia Mantapkan Tadbir Urus AI
Mekanisme tadbir urus yang terbuka, adil dan berkesan perlu dibentuk bagi memastikan kecerdasan buatan (AI) global berkembang secara sihat, teratur dan selamat, kata Naib Menteri Sains dan Teknologi China Wu Zhaohui.
Wu berkata tadbir urus AI berkait rapat dengan nasib umat manusia dan ia harus dikembangkan berlandaskan prinsip saling menghormati, sama rata dan saling menguntungkan.
"Dalam usaha memajukan AI, semua pihak harus menjunjung prinsip berorientasikan manusia dan meningkatkan pengurusan dan kawalan risiko.
"Adalah perlunya meningkatkan perwakilan dan hak bersuara negara membangun dalam tabir urus AI, di samping merapatkan jurang kepintaran dan keupayaan tadbir urus antara negara berkenaan," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Keselamatan AI Global di Bletchley Park, Britain pada Rabu.
Beliau turut menyeru supaya konsep keselamatan yang komprehensif, bersifat bekerjasama dan mampan menjadi pegangan semua pihak, dan konsensus dibina melalui dialog dan kerjasama.
"China bersedia memperkasa pertukaran dan komunikasi berhubung tadbir urus keselamatan AI dengan semua pihak, dan menyumbang buah fikiran ke arah membentuk mekanisme antarabangsa dengan penyertaan universal serta rangka tadbir urus dengan konsensus luas," ujar beliau.
- Wartawan Eurasia Rasai Debaran pada Ketinggian 370 Meter di Guizhou
- Wartawan Asing Saksi Kehangatan Liga Bola Keranjang Desa di Guizhou
- Sanjiangyuan: Selangkah Saja dari Langit
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI