99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

FTZ Rintis Sinonim Keterbukaan Bertaraf Tinggi

(CRI)Rabu 08 November 2023

Kumpulan Zon Perdagangan Bebas (FTZ) Rintis yang diwujudkan di China sinonim dengan keterbukaan negara pada tahap tinggi.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin berikutan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyanjung tinggi kejayaan FTZ yang diraih China sepanjang sedekad lalu.

Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD) menerusi laporan memberi pengiktirafan kepada pencapaian China dalam usaha memperdalam pembaharuan dan memperluas keterbukaan.

UNCTAD turut menyifatkan langkah China berkenaan menjadi rujukan berguna kepada negara membangun.

Untuk itu, Wang berkata China kekal sebagai peluang penting pembangunan dunia dan komited untuk memantapkan keterbukaan pada tahap tinggi.

“Kami (China) akan terus menggerakkan globalisasi ekonomi ke arah lebih terbuka, inklusif, seimbang dan untung bersama.

“Kami sudi bekerjasama dengan negara lain untuk menjadikan pasaran global lebih besar, memperkukuh mekanisme faedah dikongsi bersama di peringkat global dan meneroka cara baharu kerjasama antarabangsa,” kata beliau.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 pelancaran FTZ rintis di China.

Sejak sedekad lalu hingga kini, landskap keterbukaan China terus berkembang dengan wujudnya kumpulan FTZ membabitkan sebanyak 22 buah zon rintis.

Ia sekali gus mencorakkan pola baharu pembaharuan dan pintu terbuka yang mencakupi kawasan pesisir pantai, pedalaman dan sempadan.

Video

Berita Berkaitan