99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Filipina Digesa Hentikan Provokasi di Laut

(CRI)Isnin 13 November 2023

Dua kapal pembekal dan tiga kapal pengawal pantai Filipina memasuki perairan sekitar Terumbu Ren'ai, Kepulauan Nansha China menceroboh teruk kedaulatan negara ini, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media pada Jumaat.

Menurutnya, Pengawal Pantai China (CCG) telah menjalankan tindakan yang perlu terhadap kapal Filipina, sementera Kementerian Luar telah mengemukakan bantahan terhadap kedutaan besar Filipina di China.

Beliau menegaskan, Filipina 'mengandaskan' kapal perangnya di Terumbu Ren'ai dan cuba membaiki dan mengukuhkan kapal tersebut bagi menduduki terumbu itu secara berkekalan.

Amalan Filipina itu melanggar teruk undang-undang antarabangsa dan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) yang dimeterai China dan negara-negara ASEAN.

Filipina digesa menghentikan provokasi di laut dan menunda keluar kapal perang itu dari Terumbu Ren'ai dengan secepat mungkin.

Video

Berita Berkaitan