99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Asia Pasifik Manfaatkan Kemakmuran China

(CRI)Isnin 13 November 2023

China memainkan peranan sebagai enjin dan penstabil dalam mendorong pertumbuhan ekonomi Asia Pasifik bahkan dunia di tengah-tengah konflik politik geografik dan penularan wabak COVID-19.

Demikian dinyatakan Ketua Eksekutif Majlis Centre For New Inclusive Asia (CNIA) Malaysia, Xu Qingqi semasa diwawancara wartawan Agensi Berita Xinhua baru-baru ini.

Menurut beliau, dunia akan terus mendapat faedah daripada peningkatan ekonomi China pada masa akan datang. China yang makmur akan memberi manfaat kepada negara rantau Asia Pasifik, manakala Asia Pasifik yang makmur pula akan memberi manfaat kepada China.

Xu berkata, China konsisten dalam meningkatkan tahap keterbukaan, mendorong pembangunan berkualiti tinggi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), menawarkan sejumlah wahana seperti Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) dan Ekspo China-ASEAN, mempergiat pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) sehingga membawa manfaat secara langsung kepada Asia Pasifik terutama ASEAN. Sehubungan itu, beliau juga berharap ASEAN dapat memegang peluang ini demi pertumbuhan ekonomi sendiri.

Menyebut tentang hubungan China dengan Amerika Syarikat (AS), Xu pula berkata, hubungan China-AS merupakan hubungan bilateral yang paling penting di dunia. Penyelesaian masalah global tidak terlepas dari kerjasama kedua-dua negara. Beliau menekankan bahawa China sentiasa mengambil sikap yang terbuka, bersedia menjalankan interaksi untuk memperbaiki hubungan dengan AS, dan tibalah masa untuk AS bertindak memperlihatkan keikhlasannya tentang melakukan kerjasama dengan China.

Video