- Lain-lain
Hubungan Ekonomi dan Perdagangan antara China dengan Anggota APEC Makin Dipergiat
China mempergiat kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang lain akhir-akhir ini, sehingga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serantau.
Menurut statistik pihak berkuasa, jumlah dagangan antara China dengan anggota APEC lain merekodkan USD3.73 trilion pada tahun 2022, mewakili 59.7 peratus daripada jumlah perdagangan luar China.
Selain itu, lapan daripada sepuluh rakan dagang utama China adalah anggota APEC, manakala China juga menjadi rakan dagang terbesar bagi 13 anggota organisasi itu.
Sementara itu, rantau APEC juga merupakan destinasi pelaburan penting bagi perusahaan China. Menurut data statistik, sebanyak 73.3 peratus pelaburan China ke seberang laut diperolehi anggota APEC. Antara sepuluh destinasi pelaburan langsung terbesar China, lima merupakan anggota APEC.
Terdapat 15 anggota APEC merupakan rakan perdagangan bebas bagi China, yang juga diutamakan negara ini dalam pelaksanaan strategi penaiktarafan kawasan perdagangan bebas (FTA), peluasan jaringan perdagangan bebas dan pembinaan jaringan FTA bermutu tinggi.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China mempergiat pembaharuan dan keterbukaan, aktif melibatkan diri dalam kerjasama Asia Pasifik, mendorong integrasi ekonomi Asia Pasifik, dan menyumbangkan "pelan China" demi kemakmuran rantau tersebut.
Selain itu, negara ini dengan teguh memelihara mekanisme perdagangan pelbagai hala, giat memperkasakan integrasi ekonomi serantau, berusaha memudahkan pelaburan dan perdagangan serantau serta menganjurkan pelbagai inisiatif kerjasama yang membawa limpahan manfaat kepada rakyat serantau.
- APEC Suntik Penggerak Baharu kepada Pertumbuhan Dunia
- Xi Bakal Hadir Majlis Jamuan Dihoskan Presiden AS
- Xi, Joe Biden Mulakan Pertemuan
- Ekonomi China Kekal Pulih pada Suku Keempat
- Pertemuan Presiden China, AS Berakhir
- Pertemuan Presiden China, AS Bermula
- Xi Tiba di San Francisco, Bakal Bertemu Biden
- Forum Inovasi Hijau dan Pembangunan Lestari di San Francisco
- Xi Mendapat Sambutan Hangat di Lapangan Terbang San Francisco
- Pegawai Kanan AS Sambut Kedatangan Presiden Xi Jinping di Lapangan Terbang