99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Tokoh-tokoh Antarabangsa Sanjung Tinggi Ucapan Xi di APEC

(CRI)Isnin 20 November 2023

Ucapan Presiden China, Xi Jinping sempena menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 telah mendapat sambutan hangat dari masyarakat antarabangsa. Terdapat sejumlah tokoh asing yang menyatakan bahawa Presiden Xi mempunyai keinsafan yang tajam tentang arah perkembangan zaman, mengekalkan inspirasi untuk memacu kerjasama APEC, dan menggariskan hala tuju serta mencetuskan momentum untuk pembangunan Asia Pasifik bagi tempoh "30 tahun emas" yang akan datang. Mereka yakin China akan mendorong kerjasama Asia Pasifik membuahkan hasil yang lebih banyak sekali gus memberikan sumbangan baharu yang lebih besar kepada pembangunan bersama sedunia.

Ketika menyebut ucapan Xi tentang terus mengamalkan konsep berkongsi demi manfaat universal, dan pembangunan bersama barulah pembangunan yang holistik, tokoh-tokoh asing menganggap ini menunjukkan China yang bertindak selaras dengan komitmennya mengekalkan inspirasi dan prinsipnya dalam pergaulan dengan luar.

Pengarah Diplomasi Antara Parti dan Biro Hal Ehwal Antarabangsa Persatuan Cina Malaysia (MCA), menyatakan bahawa seperti disebut oleh Presiden Xi, China sudah berjaya mengadakan Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) edisi ketiga yang dilihat mampu mencetuskan momentum kepada ekonomi dunia. Negara-negara di rantau Asia Pasifik boleh bersuara lantang untuk membuat penilaian dalam hal ini. China sudah melancarkan banyak projek penting di rantau ini seperti infrastruktur, landasan kereta api, sumber tenaga hijau dan taman perindustrian moden yang berorientasikan pendigitalan, yang terbukti sudah banyak mendorong pembangunan ekonomi dan kenaikan taraf industri serantau sekali gus membawa manfaat yang substantif kepada rakyat tempatan.

Video

Berita Berkaitan