- Lain-lain
Persidangan Pengajian China Dunia Dirasmikan di Shanghai
Persidangan Pengajian China Dunia - Forum Shanghai diadakan di Shanghai pada Jumaat lalu, dengan tema "Tamadun dan Jalan China dalam Perspektif Global".
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan juga Pengerusi Jawatankuasa Publisiti PKC, Li Shulei menghadiri upacara perasimian persidangan itu, membacakan surat tahniah Presiden Xi Jinping, serta menyampaikan ucaptama.
Lebih daripada 400 pakar dan sarjana dari kira-kira 60 negara dan wilayah menyertai persidangan kali ini.
Para peserta rata-rata berpendapat bahawa ucapan tahniah Presiden Xi menjelaskan makna penting pengajian China, di samping menzahirkan harapan kepada pakar dan sarjana dari pelbagai negara untuk menjadi utusan yang menghubungkan tamadun China dan asing.
Mereka menyatakan bahawa ucapan tahnian Xi telah menggariskan panduan penting untuk mempromosikan pertukaran dan saling belajar antara tamadun serta memperkasakan pengajian China di peringkat global.