99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Persidangan "Understanding China" 2023 Galak Kesalingfahaman China dan Dunia

(CRI)Isnin 04 Disember 2023

Persidangan "Understanding China" 2023 melabuhkan tirai di Guangzhou, bandar di selatan China pada Ahad. Lebih 600 tetamu dari 30 negara dan wilayah menyertai persidangan tersebut.

Para peserta berpendapat bahawa persidangan itu memainkan peranan positif dan menjadi jambatan bagi mengurangkan 'ketidaksalingfahaman' antara negara-negara dan tamadun-tamadun, serta membantu dunia memahami China dan sebaliknya.

Bekas Duta Besar India ke China, Ashok Kantha ketika menerima wawancara Kumpulan Media China (CMG) menyatakan, China merupakan entiti ekonomi terbesar selepas Amerika Syarikat (AS), pembangunan China menyumbang besar kepada ekonomi dunia.

"Globalisasi menyediakan peluang pembangunan kepada banyak negara, termasuk China dan India." kata beliau.

Pengerusi CP Pharmaceutical Group Thailand, Tse Ping menyatakan, kumpulan itu memperoleh banyak manfaat dari pembaharuan dan keterbukaan China sejak melabur di negara Tembok Besar ini lebih 40 tahun dahulu.

"China sedang memperkasakan pembangunan bermutu tinggi. Saya yakin pembangunan sains dan teknologi akan mendorong kenaiktarafan perindustrian dan membawa lebih banyak limpahan manfaat kepada rakyat."

"CP Group penuh keyakinan terhadap pembangunan di China," kata Tse Ping.

Video

Berita Berkaitan