99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Diharap Main Peranan Lebih Besar dalam Isu Palestin

(CRI)Rabu 06 Disember 2023

China dialu-alukan dan diharap agar memainkan peranan yang lebih besar dalam mendorong penyelesaian isu Palestin secara komprehensif dan adil.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Kewangan Palestin, Shukri Bishara ketika bersama-sama Pengarah Pejabat China di negara itu, Zeng Jixin, menandatangani sijil penyerahan bantuan kewangan kerajaan China kepada kerajaan Palestin semalam.

Shukri Bishara bagi pihak kerajaan Palestin mengucapkan terima kasih kepada China atas bantuan yang dihulurkannya di samping menyanjung tinggi terhadap China yang sentiasa menyokong usaha keadilan rakyat Palestin dan mengeluarkan suara menyokong Palestin di arena antarabangsa.

Sementara itu, Zeng berkata, China telah mengeluarkan "dokumen pendirian China mengenai penyelesaian konflik Palestin-Israel" baru-baru ini, yang merupakan satu pakej penyelesaian kebolehlaksanaan yang bertujuan menangani konflik secara menyeluruh dan komprehensif. China bersedia terus berusaha untuk mendorong gencatan senjata, melindungi keselamatan rakyat jelata, memastikan penyelamatan kemanusiaan, mempergiatkan pengantaraan diplomatik dan mencari langkah penyelesaian politik melalui pelaksanaan "Two-State Solution".

Video

Berita Berkaitan