- Lain-lain
China, Singapura Tingkatkan Kerjasama Berkualiti Tinggi
Perdana Menteri China, Li Qiang berkata China bersedia meningkatkan kerjasama dengan Singapura agar memberikan sumbangan lebih besar kepada kestabilan dan kemakmuran serantau.
Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong di Beijing pada Rabu.
Li Qiang menyatakan bahawa pada awal tahun ini, pemimpin kedua-dua negara telah mengumumkan keputusan untuk melonjakkan hubungan China-Singapura ke tahap perkongsian seluruh aspek dan berkualiti tinggi yang berorientasikan masa depan.
"China bersedia untuk bekerjasama dengan Singapura untuk mengikuti pedoman strategik pemimpin kedua-dua negara, mengendalikan hubungan dua hala dari perspektif serantau dan global, mengekalkan kesalingpercayaan strategik yang bertahap tinggi, dan mendorong kerjasama saling menguntungkan berkualiti tinggi."
"Di samping itu, China bersedia mengambil peluang daripada penaiktarafan perjanjian perdagangan bebas untuk memperkasakan kerjasama China-Singapura supaya memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara," kata Li.
Beliau juga menyatakan bahawa China bersedia untuk mengukuhkan perpaduan dan koordinasi dengan negara-negara serantau bagi menyuntik momentum baharu ke dalam integrasi serantau.
Sementara itu, Lawrence Wong menyatakan bahawa Singapura mementingkan hubungan dengan China dan ingin meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China.
"Singapura bersedia memperkasakan kerjasama praktikal dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan dan ekonomi digital, memainkan peranan positif dalam menjaga keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau, dan memajukan hubungan Singapura-China ke hadapan," kata Wong.
- China, Singapura Perhalusi Mekanisme Kerjasama Dua Hala
- Xi Jinping Ucapkan Tahniah kepada Presiden Baharu Singapura
- Latihan Tentera Darat "Kerjasama-2023" China-Singapura
- China, Singapura Komited Majukan Lagi Kerjasama
- Wang Yi Mulakan Lawatan ke Tiga Negara Asia Tenggara Hari Ini
- PM China Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-58 Republik Singapura
- Wang Yi Utus Tahniah Ulang Tahun ke-58 Republik Singapura
- Xi Zahir Ucapan Tahniah Ulang Tahun ke-58 Republik Singapura
- China Sambung Semula Dasar Kemasukan Tanpa Visa Bagi Warganegara Singapura
- Shanghai, Singapura Tandatangani MOU Kerjasama ETF