- Lain-lain
China dan Nauru Pulihkan Hubungan Diplomatik
Jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin berkata bahawa anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi, dan Menteri Luar Nauru, Angerming yang berada dalam jadual lawatannya di China atas undangan, menandatangani "Pengumuman Bersama Republik Rakyat China dan Republik Nauru mengenai Pemulihan Hubungan Diplomatik" di Beijing pada 24 Januari, yang menandakan kedua-dua negara secara rasmi memulihkan hubungan diplomatik.
China dan Nauru memutuskan untuk menyambung semula hubungan diplomatik di peringkat duta besar bermula semalam. Nauru turut menjadi negara ke-183 yang mempunyai hubungan diplomatik dengan China.
Wang Wenbin berkata bahawa penyambungan semula hubungan diplomatik antara China dan Nauru sekali lagi menunjukkan bahawa hanya terdapat satu China di dunia ini, kerajaan Republik Rakyat China adalah satu-satunya kerajaan yang sah yang mewakili seluruh China, dan Taiwan adalah bahagian yang tidak boleh dipisahkan dari wilayah China. Fakta objektif yang tidak dapat dinafikan itu, juga merupakan konsensus yang diiktiraf secara umum dalam masyarakat antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa yang dilihat sebagai satu kelaziman.