99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kenapa Rakyat China Suka Naga?

(CRI)Isnin 29 Januari 2024

Menurut kalendar Imlek China yang mempunyai 24 Hari Solar ( 24 Solar Terms ), bermula dari 4 Februari, iaitu “Li Chun” (Hari Permulaan Musim Bunga), Tahun Arnab akan berubah menjadi Tahun Naga.

Sebagai salah satu simbol yang paling lama dalam budaya tradisional China, naga mencerminkan rasa hormat manusia terhadap alam. Ia merupakan totem yang membawa makna kuasa, maruah, kekuatan dan kegemilangan, dan juga memenuhi aspirasi rakyat China terhadap sikap inklusif, saling belajar dan hidup bersama secara harmoni.

Dalam budaya China, naga bukan sahaja simbol kuasa empayar, tetapi juga mencerminkan idaman bangsa China. Di samping itu, gara-gara selalu dikaitkan dengan fenomena semula jadi seperti hujan dan hasil tuaian yang baik, naga dilihat sebagai ikon suci pada pandangan rakyat China.

Terdapat juga banyak aktiviti berkait dengan naga dijalankan di kalangan rakyat China, seperti perahu naga yang didayung semasa Pesta Duanwu dan tarian naga semasa perayaan TBC, yang wujud sebagai adat resam yang dicipta, dinikmati dan diwarisi bersama semua rakyat China.

Video

Berita Berkaitan