- Lain-lain
China Kemaskini Dasar Visa Permudahkan Perjalanan Rentas Sempadan
China konsisten mengemaskini dasar visa bagi mempermudahkan perjalanan rentas sempadan, dan meningkatkan jaminan kepada warganegara sendiri yang merancang mengembara ke luar negara.
Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media pada Rabu ketika menjawab pertanyaan wartawan berhubung China telah menandatangani perjanjian pengecualian visa bilateral dengan Singapura dan Thailand baru-baru ini, yang menandakan peningkatan usaha China dalam pelaksanaan dasar bebas visa secara unilateral atau bilateral.
Wang berkata, China mengalu-alukan lebih ramai kawan asing melawat China untuk merasai daya hidup dan hospitaliti rakyat di negara ini.
“Pengoptimuman dasar visa demi memudahkan perjalanan rentas sempadan merupakan satu langkah penting dalam perkhidmatan diplomatik, hasil pembangunan yang berkualiti dan peningkatan tahap keterbukaan di China. Ini dipercayai boleh membawa lebih banyak peluang untuk memperdalam pertukaran muhibah dan kerjasama yang saling menguntungkan antara China dan negara-negara lain.
“Seorang petugas dari Pertubuhan Pelancongan Dunia PBB berkata, dasar China tentang pemberian pengecualian visa kepada pengembara asing akan membantu pemulihan industri pelancongan global, sedangkan industri pelancongan China yang berkembang pesat pula akan menggalakkan perkembangan bersama industri pelancongan di negara-negara jiran.
“Setelah perjanjian pengecualian visa antara satu sama lain termeterai antara China dan Singapura serta antara China dan Thailand, jumlah tempahan perjalanan pelancong China ke Singapura, Malaysia dan Thailand dan jumlah pelancong dari ketiga-tiga negara tersebut ke China melonjak dengan ketara sempena menyambut perayaan Tahun Baharu Cina (TBC). Kesan limpahan yang positif boleh terasa semakin ketara pada ‘Era pengecualian visa’ sekarang ini,” kata Wang.
Setakat ini, China dilaporkan telah menandatangani perjanjian pengecualian visa antara satu sama lain bersama dengan 157 negara yang meliputi pelbagai jenis pasport, mencapai persetujuan atau pengaturan untuk memudahkan prosedur pengurusan visa dengan 44 negara, dan mewujudkan pengecualian visa dua hala secara komprehensif dengan 23 negara, termasuk Thailand, Singapura, Maldives dan Emiriah Arab Bersatu. Di samping itu, lebih 60 negara dan wilayah pula menawarkan dasar bebas visa atau visa ketibaan kepada warganegara China.
- China, Thailand Tandatangani Perjanjian Pengecualian Visa Dua Hala
- Kemudahan Bebas Visa 'Hadiah' TBC Buat Rakyat China, Singapura
- NIA Umum Lima Langkah Permudah Perjalanan Pengembara Asing
- Dasar Bebas Visa: Kunming Catat Lonjakan Besar Pelancong Asing
- China, Thailand Usahakan Pengecualian Visa Dua Hala
- Pengecualian Visa kepada 6 Negara Undang Lebih 110,000 Pelancong
- Dasar Bebas Visa Baharu China Dapat Pujian Masyarakat Antarabangsa
- China, Singapura Harap Segerakan Penguatkuasaan Bebas Visa
- Ujian Saringan Tidak Lagi Wajib Sebelum Masuk China
- China Pulih Pakej Lawatan Berkumpulan ke 60 Negara