- Lain-lain
Warganet Dunia Kritik Keangkuhan Politikus AS
Seorang senator Amerika Syarikat (AS), Tom Cotton berkali-kali mengajukan pertanyaan yang tidak masuk akal kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok, Shou Zi Chew pada sesi pendengaran yang berlangsung di Washington pada 31 Januari.
Pertanyaan itu termasuk sama ada Chew mempunyai kewarganegaraan China atau pernah menganggotai Parti Komunis China.
Satu tinjauan pendapat umum membabitkan warganet seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati 90.7 peratus responden menganggap pertanyaan yang diajukan senator AS memperlihatkan kejahilan, keangkuhan dan sikap prejudisnya terhadap China. Ia hanya akan menjejaskan perkembangan stabil hubungan China-AS.
Sebanyak 86.5 peratus responden pula menganggap prestasi Cotton adalah sangat tidak profesional.
Keputusan tinjauan juga menunjukkan 85.3 peratus responden berpendapat bahawa apabila menggunakan TikTok, mereka tidak pernah merasai risiko keselamatan maklumat yang disebut-sebut senator negara itu.
Setakat ini, kerajaan AS tidak pernah menyediakan sebarang bukti bahawa TikTok mengancam keselamatan negara itu, namun terus-menerus menindas syarikat berkenaan.
Menurut hasil tinjauan, 76.6 peratus responden menganggap tindakan AS itu secara seriusnya merosakkan peraturan perdagangan antarabangsa yang adil.
Selain itu, 87.3 peratus responden berpendapat inkuiri diskriminatif dan sekatan oleh politikus AS terhadap syarikat teknologi negara lain menghalang aliran bebas sains dan teknologi secara serius.
- 17 Juta Penduduk di Florida Hadapi Ancaman Cuaca Buruk
- Laporan tentang Pencabulan Hak Asasi Manusia terhadap Pelarian dan Imigran di AS
- 19 Terbunuh Serangan Udara AS di Syria
- AS Kekurangan Dasar Jelas Tangani Krisis Perbankan: Pakar
- Pemohon Faedah Pengangguran Bertambah 21 Ribu di AS
- Pegawai Ohio Akui Bahan Cemar Beracun Masuk Sungai
- Kapal Tentera AS Rempuh Perairan Kepulauan Nansha China