99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Bertemu Mesra dengan Perwakilan Luar PKC di Ambang TBC

(CRI)Khamis 08 Februari 2024

Pada saat menjelang perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2024, Presiden China, Xi Jinping telah bertemu mesra dengan perwakilan dari luar Parti Komunis China (PKC) melibatkan pelbagai jawatankuasa pusat pelbagai parti politik, Persatuan Industri dan Perniagaan Kebangsaan China (CFIC) serta orang perseorangan di Dewan Besar Rakyat petang semalam.

Setelah menyampaikan salam ikhlas serta memberi restu TBC, Xi menekankan bahawa tahun 2024 yang merupakan ulang tahun ke-75 Republik Rakyat China, membawa makna besar bagi memperjuangkan matlamat yang terkandung dalam "Rancangan Lima Tahun" ke-14. Oleh itu, pelbagai parti politik, CFIC dan orang perseorangan perlu memahami dasar yang digubal pucuk pimpinan PKC dan gerak kerja yang terbabit, terus bertindak pantas dalam melakukan pengajian, penyelidikan, perbincangan politik, penyeliaan demokratik dan pembinaan sendiri supaya dapat memacu dan menyumbang kepada modenisasi ala China.

Xi mengemukakan tiga harapan. Pertama, mengekalkan keyakinan terhadap sistem politik yang sedia ada, terus mengembangkan dan menyempurnakan sistem kepartian jenis baharu di China. Kedua, menjana inisiatif impak sosial untuk mendorong modenisasi ala China. Ketiga, mengintensifkan sokongan terhadap pucuk pimpinan yang diterajui PKC dan terus meningkatkan taraf pembinaan sendiri.

Video

Berita Berkaitan