99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Negara Asia Siap Terima Kedatangan Pelancong China Sempena TBC

(CRI)Sabtu 10 Februari 2024

Jumlah pelancong asing di beberapa negara Asia menyaksikan peningkatan lebih daripada 10 peratus berikutan aktiviti perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) yang diadakan di negara-negara terbabit yang turut mendorong pertumbuhan sektor pelancongan tempatan.

Menurut data Trip.com, iaitu agensi pelancongan dalam talian, jumlah tempahan pakej pelancongan antarabangsa dan antara negara-negara Asia pada TBC tahun ini meningkat kira-kira 10 kali ganda berbanding tahun lalu. Destinasi hangat yang mencatatkan pertumbuhan paling banyak adalah Thailand, Jepun, Malaysia, Australia, Singapura, Vietnam, Korea Selatan dan sebagainya.

Laman web ahbar The Star Malaysia dalam laporannya pada 5 Feb berkata, jumlah pelancong asing yang melawat ke Malaysia diunjur akan mencapai 27 juta pada 2024, menokok 35 peratus berbanding tahun lalu. Pelancong China merupakan unsur penting yang menyumbang kepada peningkatan tersebut. Untuk rekod, jumlah pelancong China menduduki 12 peratus dalam jumlah pelancong asing di Malaysia.

Video

Berita Berkaitan