- Lain-lain
Lebih 75,000 Syarikat Teknologi Tinggi di Guangdong
Kakitangan mengimbas kotak yang mengandungi makanan di tempat berlepas dron penghantar makanan di Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China, 15 Ogos 2023. (Foto/Xinhua)
Bilangan syarikat teknologi tinggi yang beroperasi di provinsi Guangdong kini telah melebihi 75,000.
Memetik data yang diumumkan baru-baru ini pada satu persidangan peringkat provinsi mengenai pembangunan berkualiti tinggi, Guangdong membelanjakan anggaran 460 bilion yuan setahun dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Setakat penghujung 2023, provinsi di selatan China itu mempunyai 1.35 juta kakitangan yang terlibat dalam R&D, dan tidak kurang daripada 665,000 paten ciptaan yang sah.
Dengan pelaksanaan Perjanjian Kerjasama Paten (Patent Cooperation Treaty – PCT) pula, Guangdong telah menyaksikan sebanyak 23,700 paten difailkan di peringkat antarabangsa.
Tahap inovasi yang diperlihatkan oleh syarikat-syarikat tempatan telah menjadi sumber kekuatan tersendiri bagi ekonomi Guangdong sebagaimana yang disebut oleh Gong Guoping, seorang pegawai dari jabatan sains dan teknologi provinsi berkenaan.
Sebagai penjana ekonomi di selatan negara, Guangdong pada tahun lalu merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang melebihi 13 trilion yuan, tertinggi di seluruh negara untuk tahun ke-35 berturut-turut.