99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pembinaan Jambatan Prek Talong Sungai Bassac Kemboja Dirasmikan

(CRI)Selasa 20 Februari 2024

Majlis pecah tanah Jambatan Prek Talong yang melintasi Sungai Bassac diadakan di Phnom Penh, Kemboja pada Isnin, dihadiri Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Duta China Wang Wentian.

Pembinaan jambatan itu akan dijalankan oleh perusahaan China.

Hun Manet ketika berucap pada majlis itu menzahirkan penghargaan kepada China yang membantu Kemboja mengembangkan sosioekonomi, terutamanya sektor pembinaan prasarana. Setakat ini, China telah menggunakan dana dari pelbagai saluran untuk membina lebih sepuluh jambatan di negara itu.

Jambatan Prek Talong Sungai Bassac yang panjangnya 1,650 meter terletak di selatan bandar Phnom Penh, ia dijangka akan siap dan digunakan pada tahun 2027.

Video

Berita Berkaitan