- Lain-lain
Peninggalan Hoabinh Ditemukan di Barat Daya China
Artifak batu yang ditemukan di Gua Naminan, Xishuangbanna, provinsi Yunnan. (Foto ihsan Institut Peninggalan Budaya dan Arkeologi Provinsi Yunnan) |
Baru-baru ini, ahli arkeologi China mengumumkan sembilan tapak peninggalan Budaya Hoabinh di kawasan barat daya. Tesis tentang penemuan berkenaan telah diterbitkan di jurnal Anthropologie.
Setakat ini, sebanyak 13 tapak peninggalan Hoabinh ditemukan di China, demikian maklum Wu Yun, penyelidik Institut Peninggalan Budaya dan Arkeologi Provinsi Yunnan yang juga penulis pertama tesis tersebut.
Budaya Hoabinh yang wujud di Tanah Besar Asia Tenggara dari penghujung Zaman Pleistosen hingga pertengahan Zaman Holosen (kira-kira 45,000 hingga 4,000 tahun dahulu) adalah hasil usaha orang moden menyesuaikan diri dengan persekitaran hutan hujan tropika, yang juga subjek penting bagi dunia arkeologi Asia Tenggara.
Selama satu abad sejak penemuan terawal, kawasan barat daya China tidak termasuk dalam skop penyelidikan sehingga ahli arkeologi Yunnan menemukan peninggalan di Gua Xiaodong, kaunti Cangyuan, yang juga tapak peninggalan Hoabinh tertua Asia, pada tahun 2015.
Artifak batu yang ditemukan di kampung Dayanfang, bandar Lincang, provinsi Yunnan. (Foto ihsan Institut Peninggalan Budaya dan Arkeologi Provinsi Yunnan) |