99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China akan Lancarkan Dua Kapal Angkasa Bermanusia Shenzhou Tahun Ini

(CRI)Jumaat 01 Mac 2024

China akan terus memperjuangkan matlamat mengharumkan nama negara di persada dunia melalui pelaksanaan dua misi utama bagi tahun 2024 yang terkandung dalam projek angkasa lepas negara untuk menyelaraskan dan menggalakkan aplikasi dan pembangunan Stesen Angkasa Lepas China serta penerbangan bermanusia untuk penerokaan Bulan, menurut maklumat dari Pejabat Kejuruteraan Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China pada hari Khamis.

Dua misi utama tersebut merangkumi dua kali penerbangan bermanusia dan dua kali penerbangan kapal angkasa kargo untuk bekalan bahan logistik.

Antaranya, yang sudah diselesaikan itu adalah sekali penerbangan kapal angkasa kargo untuk bekalan bahan logistik yang dijalankan Tianzhou-7 pada bulan Januari, sedangkan yang belum diselesaikan itu adalah dua penerbangan bermanusia yang bakal dijalankan oleh Shenzhou-18 dan Shenzhou-19 secara berturut-turut serta sekali penerbangan kapal angkasa kargo yang bakal dijalankan Tianzhou-8.

Kru kapal angkasa yang terpilih untuk kedua-dua misi penerbangan bermanusia tersebut dilaporkan sedang menjalani latihan berkenaan.

Pada masa ini, kru kapal angkasa Shenzhou-17 yang sedang bertugas di Stesen Angkasa Lepas China berada dalam keadaan fizikal dan mental yang baik dan dijadualkan kembali ke Bumi pada akhir April.

Pada masa ini, pelbagai kelengkapan untuk dua misi penerbangan utama seperti roket pembawa Long March 10, kapal angkasa lepas bermanusia generasi baharu yang bernama Mengzhou, prob Bulan generasi baharu yang bernama Lanyue, sut pendaratan Bulan dan lain-lain sedang dipersiapkan dalam fasa penyelidikan dan pengeluaran sampel. Selain itu, pembinaan pelbagai kemudahan dan peralatan bagi ujian pelancaran yang menyokong misi pendaratan Bulan akan dimulakan di pusat pelancaran Wenchang , dan kerja-kerja penyelidikan dan pengeluaran yang berkaitan dengan pelbagai sistem berkenaan sedang dijalankan seperti yang dijadualkan.

Video

Berita Berkaitan