99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Tegas Memelihara Kedaulatan Wilayah serta Hak dan Kepentingan Maritim di LCS

(CRI)Isnin 04 Mac 2024

Berhubung dengan isu Laut China Selatan (LCS), China berpendirian konsisten dan tegas dalam memelihara kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim negara sendiri.

Demikian kata jurucakap sesi kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14, Lou Qinjian semasa menjawab soalan daripada wartawan dalam dan luar negeri pada sidang media di Beijing hari ini.

Lou berkata, serentak itu, China juga bersedia bekerjasama dengan negara-negara yang berkaitan untuk menangani isu-isu berkenaan melalui dialog dan rundingan bagi memelihara keamanan dan ketenteraman di LCS.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, NPC berdasarkan kelebihan milik sendiri secara aktif menjalankan pertukaran dan kerjasama dengan badan perundangan negara-negara jiran dalam pelbagai peringkat, saluran dan bidang, berusaha menjana inisiatif impak sosial dan memberikan jaminan dari segi undang-undang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib antara China dan negara-negara jiran.

China komited terus mempraktik konsep 'mesra, ikhlas, sama menang dan inklusif' dalam memperkasa kerjasama muhibah dan menebus persamaan dalam memelihara kepentingan bersama dengan negara-negara jiran, agar lebih banyak negara jiran berpeluang memanfaatkan modenisasi ala China.

China juga konsisten bekerjasama dengan negara-negara lain untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan bagi menangani cabaran dan mewujudkan kemakmuran bersama.

Video