- Lain-lain
Negara-negara Membangun Boleh Manfaatkan Pembangunan China -- Diplomat Asing
Terdapat sejumlah diplomat asing yang bertugas di China yang dijemput untuk menjadi pendengar dalam majlis perasmian persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) pada tahun ini.
Duta Besar Turkiye ke China Ismail Hakki Musa berkata beliau berminat dengan semua perkara berkenaan.
“Kedua-dua persidangan itu merupakan antara agenda politik yang terpenting di China."
“Apa yang berlaku di China penting bukan sahaja bagi negaranya sendiri, tetapi juga bagi wilayah lain di dunia," katanya.
Diplomat-diplomat asing telah mengambil tahu pencapaian yang dilakar dalam pembangunan China pada tahun lepas dan menginsafi isyarat baharu berhubung pembangunan di negara ini pada masa depan menerusi "Laporan Kerja Kerajaan" China 2024.
Duta Besar Afrika Selatan ke China, Siyabonga Cyprian Cwele berpendapat, China menyasarkan kadar pertumbuhan ekonomi pada kira-kira 5%, merupakan satu berita yang memberangsangkan kerana ia akan dimanfaatkan dunia, terutamanya negara-negara membangun.
“Pada masa yang sama, China komited berusaha untuk mendorong pembangunan ke arah yang berkualiti tinggi, dengan menumpu kepada pembangunan teknologi baharu serta pembangunan hijau dan mampan. Saya berpendapat ini sangat penting bagi semua negara-negara membangun,” katanya.
Para diplomat asing yang mengikuti sesi temu bual tersebut kelihatan memberi tumpuan kepada trend, peluang dan pengalaman baharu dalam pembangunan China, selain menyediakan perspektif yang lebih luas bagi China melihat pembangunan negara sendiri. Dalam konteks ini, kedua-dua persidangan NPC dan CPPCC bukan sahaja menjadi jendela bagi dunia luar untuk meninjau dan mengenali China, tetapi juga platform bagi China berinisiatif mengadakan interaksi dengan luar.
- Presiden Xi Sertai Sesi Perbahasan Delegasi Jiangsu
- Penternak Biri-biri Orak Langkah ke NPC
- Persidangan Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China Dirasmikan
- Sesi Kedua NPC Ke-14 Dirasimikan
- China Giat Tingkatkan Permintaan Domestik
- Dasar Fiskal Proaktif Perlu Diperhebat bagi Tingkatkan Kualiti dan Kecekapan
- Persidangan Tahunan NPC Dirasmikan
- Sesi Ke-2 NPC Ke-14 Dirasmikan Esok
- Pucuk Pimpinan PKC Bincang Draf Laporan Kerja Kerajaan
- Agenda Sesi ke-2 NPC ke-14 Diumumkan