- Lain-lain
Shenzhen akan Bina Hab Logistik Pintar di Stesen Kargo Kereta Api
Pembinaan Pusat Hab Logistik Komprehensif Antarabangsa Shenzhen, iaitu projek hab logistik tunggal terbesar di China sedang dilaksanakan di daerah Longgang di bandar selatan China itu.
Menurut rancangan projek berkenaan, ruang di permukaan tanah akan digunakan untuk stesen kereta api, manakala ruang atasnya akan digunakan untuk hab logistik.
Penggunaan ruang permukaan dan atas tanah seumpama adalah langkah inovatif untuk memaksimumkan penggunaan tanah. Sementara hab logistik itu akan menjadi taman logistik pintar pertama yang dibina di atas stesen kereta api di dunia.
Menurut rancangan, hab logistik itu dijangka akan siap menjelang 2026, dan ia akan berperanan sebagai jaminan kukuh bagi Shenzhen untuk mempercepat pembinaan pusat logistik di peringkat global, sekali gus memacu perdagangan luarnya.
- Shenzhen, Bandar yang Capai Keseimbangan antara Pembangunan dan Alam Sekitar
- Shenzhen: Pusat Fesyen, Gaya yang Makin Berkembang
- Shenzhen, Peneraju Inovasi Teknologi
- Terokai Geopark Negara Semenanjung Dapeng di Shenzhen
- Larikan Diri daripada Kesibukan di Taman Yuhai, Shenzhen
- CHTF Buka Tirai di Shenzhen, Disertai Pepamer dari Seluruh Dunia
- Roda Ferris Cahaya Kawasan Teluk: Alami Malam Shenzhen yang Romantis di atas Awan
- Wartawan China dan Asing Lawat Pusat Budaya Rekod Masa Shenzhen Fiyta
- “Minions” Selenggara Landasan di Pergunungan Qinling
- Monorel Tergantung Pertama China Beroperasi