- Lain-lain
Guangzhou, Tempat untuk Kecapi Hidup Santai, Dinamik
Guangzhou, juga dikenali sebagai ‘Bandar Bunga’ dan ‘Kota Kambing, ialah ibu kota dan bandar terbesar di provinsi Guangdong, selatan China. Tempat ini mempunyai sejarah yang menjangkau 2,000 tahun, dan dahulunya merupakan titik penghabisan penting bagi Jalan Sutera. Hari ini, Guangzhou adalah teras bagi zon metropolitan yang paling ramai penduduknya di dunia, iaitu Kawasan Teluk Guangdong-Hong Kong-Makau.
Daripada keajaiban zaman purba hinggalah tarikan hidup moden – Guangzhou menjanjikan pelbagai peluang untuk menyelami budaya, seni bina dan sejarah China. Kota yang sentiasa hidup ini juga menawarkan hiburan malam hari yang menyeronokkan, pemandangan indah Sungai Mutiara, acara-acara tradisional seperti opera Kantonis dan sarkas, dan lain-lain lagi. Di jalan-jalan warung minum serta hotel yang nyaman dan selesa pula, suasana santai sedia menanti.
Apa jua yang dicari, Guangzhou pasti dapat memenuhi kehendak hati.