- Lain-lain
Padi Hibrid China Dituai di Brunei
(foto/Kementerian Perdagangan)
Satu majlis diadakan di Brunei pada Sabtu lalu bertepatan dengan penuaian padi hibrid China di sebuah sawah eksperimen, menurut Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (MPRT) Brunei.
Majlis diadakan di Kawasan Kemajuan Pertanian Lekiun, yang menjadi tempat varieti padi untuk sawah tanpa pengairan itu dituai.
Lapor akhbar harian Borneo Bulletin pada Ahad, anak benih bagi tiga jenis padi disemai pada 14 Disember tahun lepas, sebagai sebahagian kajian kelestarian untuk membangunkan industri padi tempatan menggunakan spesies hibrid hasil tinggi dari China.
“Tuaian hari ini adalah satu permulaan yang baik untuk kedua-dua negara memperdalam kerjasama membabitkan padi hibrid. Pada masa akan datang, China akan terus memperkasakan usaha sama dengan Brunei dalam aspek biji benih padi hibrid dan bimbingan pakar, sambil membekalkan lebih banyak sokongan,” ujar Duta Besar China ke Brunei, Xiao Jianguo.
MPRT, melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, sedang bekerjasama dengan Pusat Penyelidikan Padi Hibrid Hunan di China untuk meneroka varieti yang sesuai dengan keadaan di Brunei, khususnya sawah tanpa pengairan, lapor Borneo Bulletin.
- Tiba Musim Semai Padi di Sawah Teres Yunnan
- Presiden Xi Ucapkan Tahniah kepada Sultan Brunei Sempena Hari Kebangsaan Brunei Ke-40
- Wang Yi Ucapkan Tahniah kepada Erywan
- Presiden Xi Jinping,Sultan Brunei Bertemu di San Francisco
- Presiden Xi Jinping,Sultan Brunei Bakal Bertemu di San Francisco
- Kilang Baja Kimia Hijau Pertama Siap Dibina di Bangladesh
- Usahasama China-Brunei Tandatangani Perjanjian Projek Petrokimia Fasa 2
- Projek Petrokimia China, Brunei Masuk Fasa Baharu
- Pelayaran Perdana Laluan Perkapalan Kontena Brunei-China Bermula
- Duta China: China, Brunei Berdepan Peluang Pembangunan Baharu
- China Ikrar Mantapkan Perkongsian Kerjasama Strategik dengan Brunei