- Lain-lain
China Teguh Memelihara Kedaulatan Wilayah dan Hak Maritim
Kalau pihak Filipina berdegil menginjak-injak garis merah, China akan terus mengambil langkah-langkah yang tegas untuk memelihara kedaulatan wilayah dan hak maritim milik sendiri. Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian berkata demikian dalam sidang media pada Ahad lalu.
Wu Berkata, terdapat sejumlah kapal Filipina yang dikesan menyerbu secara melulu ke perairan Terumbu Ren’ai China pada 23 Mac lalu, dengan niat menghantar barang kegunaan harian ke satu kapal perang negaranya yang sudah uzur yang sengaja 'bersarang' di pantai terbabit. Pengawal Pantai China (CCG) turut mengambil langkah menurut peraturan seperti menghalang dan mengusir, dan berjaya menangkis provokasi Filipina dan menghancur plotnya yang mahu mencabuli kedaulatan China. Perkara kali ini adalah dicetuskan Filipina. Tindakan yang dilaksanakan China dalam menanganinya adalah rasional, legal dan profesional.
Wu menekankan bahawa China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap kepulauan Nansha termasuk Terumbu Ren’ai serta perairan di sekitarnya. Kedaulatan dan keutuhan wilayah China tidak boleh dicabul. China bersedia menangani perselisihan dengan Filipina secara rundingan, namun Filipina membelakangi perjanjiannya dan berniat memperkukuh kapal perangnya yang sudah uzur yang sengaja 'bersarang' itu sebagai kemudahan yang kekal wujud. Ini mustahil diterima China.
Wu mengeluarkan amaran yang menggesa Filipina jangan mengeluarkan lagi sebarang perkataan yang boleh meruncingkan situasi dan menghentikan pencabulan dan provokasi dalam apa jua bentuk. China sama sekali tidak berganjak dari memelihara kedaulatan dan hak maritim milik sendiri.
- China Sanggah Tindakan Filipina Cabul Kedaulatan
- China Teguh Pelihara Kedaulatan Negara dan Kepentingan Maritim
- Filipina Bertanggungjawab Terhadap Insiden Kapal China yang Dirempuh
- PLA Pantau dan Usir Kapal Perang AS Keluar Perairan Xisha China
- Plot AS Sokong Provokasi Filipina di LCS
- China Beri Amaran kepada Empat Kapal Filipina yang Masuk Perairan Terumbu Ren'ai Secara Haram
- China Bela Kedaulatan Pulau Huangyan
- Kapal Filipina Dihalau dari Perairan Pulau Huangyan
- CCG Komited Kuatkuasakan Undang-undang, Bela Kepentingan Negara
- Kenyataan Jabatan Negara AS mengenai Terumbu Ren'ai Dibidas