- Lain-lain
Pasaran Pengguna Semakin Pulih
Pasaran pengguna yang semakin pulih menunjukkan trend pertumbuhan yang mantap, ujar Naib Menteri Perdagangan China, Guo Tingting pada sidang media Jabatan Penerangan Dewan Negara semalam.
Beliau memaklumkan, pasaran pengguna berkaitan automobil dan isi rumah bertumbuh pada kadar 4.6 peratus dalam bidang jualan runcit, manakala sektor katering menyaksikan bertambahnya pendapatan sebanyak 12.5 peratus bagi dua bulan pertama, iaitu 3.3 peratus lebih tinggi daripada yang tercatat pada tempoh yang sama tahun lepas, dan jualan runcit sektor perkhidmatan kekal bertumbuh pada kadar dua digit, iaitu pada kadar 12.3 peratus.
"Jualan runcit dalam talian seluruh negara pada dua bulan pertama 2024 naik 15.3 peratus tahun ke tahun, antaranya jualan barangan menyaksikan peningkatan sebanyak 14.4 peratus. Selain itu, penggunaan hijau pula mendapat sambutan baik, terbukti dengan jualan kenderaan elektrik bateri untuk kegunaan penumpang yang bertambah 37.2 peratus," kata Guo lagi.
- Galakkan Pembaharuan Kelengkapan dan Tukar Beli Barang Penggunaan: Xi
- Jualan Runcit Produk Penggunaan China 2023 Cecah RMB47 Trilion
- Statistik Penggunaan Cuti Hari Kebangsaan, Pesta Kuih Bulan
- NBS: Indeks Harga Pengguna China Berkurang
- MOFCOM: Pasaran Perbelanjaan Semakin Pulih
- IHP China Naik 0.2 Peratus pada Mei
- CMBI Capai Paras Tertinggi Lima Bulan Terdekat
- CPI China pada Januari Naik 2.1%
- CPI China pada Disember Naik 1.8%