- Lain-lain
Liu Jianchao Melawat Malaysia
Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Liu Jianchao mengetuai satu delegasi membuat lawatan ke Malaysia dari 28 hingga 29 Mac.
Semasa lawatan itu, Liu bertemu dan bertukar-tukar pandangan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Daruk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO yang juga Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang juga Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, serta Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Kedua-dua pihak China dan Malysia bersetuju untuk mengambil peluang daripada sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik untuk menggalakkan pertukaran antara parti, bertindak pantas mengintensifkan kerjasama dalam pelbagai bidang, mendorong persefahaman di kalangan rakyat kedua-dua negara, dan bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib China-Malaysia.
Selain itu, Liu juga telah menghadiri Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024.
- China Patut Jadi Pilihan Utama bagi Malaysia: Sarjana
- China, Malaysia Umum Logo Peringatan Ulang Tahun ke-50 Hubungan
- Pelajar China, Malaysia Cipta Rekod dengan Tarian Naga Bersama
- Han Zheng Utus Tahniah kepada Timbalan Agong Baharu Malaysia
- Xi Utus Tahniah kepada Agong Baharu Malaysia
- Pesta Seni Belia Malaysia-China 2024 Buka Tirai
- Cendekiawan Malaysia: Tiba Masa "Belajar daripada China"
- Wang Yi Ucapkan Tahniah kepada Dato' Seri Mohamad Hasan
- Belajar Bahasa Cina Makin Jadi Trend di Kalangan Bukan Cina Malaysia
- Industri Hotel Malaysia Optimistik Pengecualian Visa Mampu Tingkat Kehadiran Pelancong China