99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Panda Gergasi Fu Bao Pulang dari Korea Selatan

Fu Bao tiba di Pangkalan Wolong Shenshuping, di wilayah Sichuan, pada Khamis. (China Daily/Li Chuanyou)

Fu Bao tiba di Pangkalan Wolong Shenshuping, di wilayah Sichuan, pada Khamis. (China Daily/Li Chuanyou)

Panda gergasi Fu Bao yang pulang dari Korea Selatan, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Shuangliu Chengdu di wilayah Sichuan pada Rabu.

Diiringi oleh doktor haiwan dan para penjaga dari Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan China untuk Panda Gergasi serta Taman Everland Korea Selatan, Fu Bao seterusnya menuju ke kawasan pengasingan dan kuarantin.

Dilahirkan pada Julai 2020, anak panda betina tersebut merupakan panda gergasi pertama yang dilahirkan di Korea Selatan dan contoh berjaya bagi pembiakan di luar negara melalui bimbingan secara dalam talian untuk proses kelahiran semula jadi oleh pakar di pusat panda gergasi.

Sejak 1990-an, China telah bekerjasama dalam pemuliharaan panda gergasi dengan 26 institusi di 20 negara. Pada masa ini, terdapat 49 panda gergasi di luar negara.

Menurut perjanjian perlindungan panda gergasi dan kerjasama penyelidikan, anak panda gergasi yang dilahirkan di luar negara akan pulang ke China ketika berumur antara dua hingga empat tahun, dan kepulangan Fu Bao pula dijadualkan pada tahun ini.

Everland Park dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa lebih 1,000 pengunjung datang setiap hari untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya sebelum berlepas ke China seperti yang dijadualkan.

Timbalan pengarah pusat panda gergasi itu, Wei Rongping berkata bahawa apabila panda gergasi kembali ke China, haiwan itu perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran, penjaga dan makanan baharu.

Sebagai persediaan untuk kepulangan Fu Bao, pusat panda gergasi telah menyediakan kemudahan kuarantin di Pangkalan Wolong Shenshuping. Dalam tempoh pengasingan dan kuarantin, sepasukan pakar akan membantunya menyesuaikan diri dengan persekitaran kehidupan baharunya.

Video

Berita Berkaitan