- Lain-lain
Labur ke China Sama dengan Labur untuk Masa Hadapan
Dengan adanya persekitaran pelaburan yang baik, pelaksanaan dasar pintu terbuka yang konsisten, dan keyakinan perusahaan asing yang semakin meningkat, menanam modal ke China sama dengan melabur untuk masa hadapan.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada Rabu susulan Kearney, syarikat kauseling pengurusan yang terkemuka di dunia, menaikkan kedudukan China kepada tangga ketiga daripada ketujuh dalam ranking indeks keyakinan pelaburan langsung asing (FDI) pada tahun 2024, yang juga tempat pertama dalam senarai ekonomi yang baru berkembang.
Mao memaklumkan pada sidang media semalam bahawa China telah menggubal dan menguatkuasakan undang-undang pelaburan asing, menyempurnakan sistem perundangan melibatkan pelaburan asing, mengintensifkan perlindungan terhadap hak harta intelek, mengemaskini peraturan dan piawaian dalam pelbagai bidang sehingga persekitaran pelaburan sudah menjadi lebih stabil, telus dan boleh dijangkakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Di samping itu, China terus meningkatkan tahap keterbukaan dari segi institusi dan menyesuaikan diri dengan peraturan perdagangan antarabangsa yang berspesifikasi tinggi.
Ini dibuktikan dengan senarai negatif mengenai akses modal asing di China yang telah dipendekkan dari edisi pertama pada tahun 2013 yang merangkumi 190 fasal, kepada edisi dewasa ini yang melibatkan 31 fasal, termasuk hanya 27 fasal yang berkaitan dengan pelaksanaan projek pilot di Zon Perdagangan Bebas (FTA).
"Menanam modal ke China sama dengan melabur untuk masa hadapan. China akan terus menambahbaik persekitaran perniagaan, memperluas ruang kerjasama demi situasi sama menang menerusi usaha mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu, dan sudi berkongsi dividen hasil pembangunan dengan seluruh dunia," kata Mao lagi.
- Melabur di China, Menangi Masa Depan
- China Menarik Pelaburan Asing RMB1.1 Trilion Tahun 2023
- China Punya Daya Tarikan Kuat bagi Syarikat Global
- Sidang Pertukaran Pengalaman mengenai Pengoptimuman Persekitaran Perniagaan 2023 Dianjurkan di Ordos, Mongolia Dalam
- China Mahu Optimumkan Lagi Persekitaran Bagi Tarik Pelaburan Asing
- Aliran Masuk Modal Asing ke China Terus Meningkat
- China "Actionist" dalam Melaksanakan Keterbukaan Bertahap Tinggi
- China Kekal Jadi Destinasi Hangat Pelaburan Asing
- Pelaburan China di Seberang Laut Naik 5.2% pada 2022
- Penggunaan Sebenar Modal Asing Naik 6.3%