99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Produk Guochao Perlihat Budaya China di CICPE

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 15 April 2024
Produk Guochao Perlihat Budaya China di CICPE
Foto menunjukkan set teh Guochao yang comel di Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China keempat di provinsi Hainan, selatan China. (People's Daily Online/Fu Wuping)

Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) keempat yang membuka tirainya pada 13 April di provinsi Hainan itu sedang mempamerkan pelbagai produk ‘Guochao’ yang menyerlahkan daya tarikan budaya China, sekali gus menawarkan kepelbagaian budaya kepada pengunjung luar.

‘Guochao’, juga dikenali sebagai trend Cina atau ‘China Chic’ itu merujuk kepada produk yang menggabungkan reka bentuk moden dengan unsur budaya tradisional Cina.

Semestinya, kepelbagaian produk Guochao yang menarik, iaitu daripada kraftangan tradisional hinggalah kepada inovasi teknologi moden, akan menjadi salah satu sorotan CICPE, seterusnya memperlihatkan sejarah panjang China, serta budaya yang kaya.

Dengan CICPE, pengunjung berpeluang mendekati daya tarikan budaya tradisional dan mengalami inovasi teknologi moden, yang mencerminkan kekuatan dan kreativiti China dalam industri barangan pengguna.

Ekspo itu juga giat mempromosikan budaya tradisional China, secara tidak langsung membolehkan lebih ramai orang di seluruh dunia memahami dan menghargai China.

Video

Berita Berkaitan