- Lain-lain
Sumbangan China terhadap Pembangunan dan Kemakmuran Dunia Mengagumkan: PM Antigua dan Barbuda
Perdana Menteri Antigua dan Barbuda, Gaston Browne berkata, sumbangan China terhadap kedamaian dan kemakmuran dunia amat mengagumkan.
Sumbangan tersebut didorong dengan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan yang dianjurkan Presiden Xi Jinping.
Dalam tempoh 10 tahun lalu, China menghulurkan bantuan besar kepada negara-negara membangun, membantu mereka meningkatkan keupayaan dalam pelbagai bidang supaya rakyat dapat keluar daripada kemiskinan.
Browne berkata demikian ketika diwawancara CGTN di Beijing mutakhir ini.
Browne ialah pemimpin negara pertama dari Amerika Latin dan Caribbean yang melawat China pada tahun ini, dan beliau turut berpeluang menyaksikan perasmian kedutaan besar negaranya di China.
Antigua dan Barbuda antara negara dari Caribbean Timur yang paling awal menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China. Dalam tempoh 41 tahun sejak terjalinnya hubungan diplomatik, kedua-dua negara saling menghormati, sokong-menyokong dan menjadi teladan baik bagi kesamarataan dan kerjasama menang-menang antara negara besar dengan negara kecil.
Beliau menyifatkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) sebagai amat baik.
"Banyak negara tidak dapat memperoleh dana untuk menyokong pembangunannya sekiranya tiada platform pengumpulan dana yang dibina oleh China.
"Walaupun China bukan negara paling kaya di dunia, tetapi negara itu sentiasa berkongsi dengan negara lain. China komited mengembangkan ekonomi untuk membolehkan rakyatnya mengatasi kemiskinan. China juga mencapai kejayaan yang luar biasa dalam tempoh empat dekad lalu di samping berkongsi pengalaman dan membantu negara-negara lain untuk mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan mewujudkan kemakmuran bersama sejagat," kata beliau.
Antigua dan Barbuda telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) BRI dengan China pada 2018, menjadikan Antigua and Barbuda negara pertama dari Caribbean yang menandatangani MoU tersebut dengan China. Langkah ini memberikan manfaat yang benar kepada rakyat kedua-dua negara.
Browne mengatakan, pelbagai projek tidak dapat dibina dengan berjaya di negaranya tanpa pinjaman mudah dan bantuan dalam pelbagai bentuk yang disediakan oleh China. Konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan yang dikemukakan oleh Presiden Xi memang hebat dan memberikan manfaat yang benar kepada negara-negara membangun.
- Operasi Laluan Kereta Api China-Laos Genap Setahun
- Syarikat China Bina RTS Sambungkan Malaysia dengan Singapura
- Perkapalan Belayar melalui "Pengangkutan Laut Laluan Sutera" Catat 14,101 Perjalanan
- Hantaran Kargo Rel China-Laos Meningkat 94.91 Peratus
- 10 Tahun BRI, Bunga Mekar di Sepanjang Jalan
- China Harap Dorong Pembangunan Berkualiti Tinggi dalam Kerangka BRI
- BRI, Inisiatif yang Amat Baik - Kata Bekas PM Belgium
- Buku "Xi Jinping on the Belt and Road Initiative" Edisi 2023 Diterbitkan
- China Keluarkan Kertas Biru BRI
- Pencapaian BRI pada Sedekad Lalu demi Dunia Lebih Indah