- Lain-lain
Inovasi Menjadi Kuasa Penggerak Utama Pembangunan Ekonomi China: Pegawai IMF
Inovasi telah menjadi kuasa penggerak utama bagi pembangunan ekonomi China, kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Fiskal Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Vitor Gaspar sempena Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Bank Dunia yang diadakan di sini, pada Rabu.
Beliau menyatakan bahawa China meletakkan inovasi dan kuasa produktif kualiti baharu di tempat keutamaan buat masa ini.
"Mengutamakan inovasi adalah wajar kerana China telah melakar hasil cemerlang dalam sektor ini.
"Misalnya dalam pengeluaran tenaga hijau, panel bateri tenaga solar dan kenderaan elektrik (EV), China telah mendahului dunia," kata Gaspar.
Menurut beliau, kebanyakan negara di dunia sedang mencari penerokaan dalam sektor inovasi dan transformasi hijau serta rendah karbon pada masa ini, dan ia sekali gus mencerminkan pentingnya kerjasama global.
"Kerjasama global amat penting, dan kami percaya bahawa China akan memainkan peranan yang amat penting bagi menjayakan kerjasama global ini," kata beliau.
- IMF Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Sejagat kepada 3.2%
- Syarikat EV China Bergemerlapan di Bangkok
- BYD Buka Kedai Terbesar di Filipina
- Sumbangan China terhadap Pertumbuhan Global Dijangka Lebihi 30%
- Jumlah NEV di Shanghai 1.28 Juta, Duduki Tempat Teratas di Dunia
- EV Pertama Dikilangkan di Thailand Siap Dipasang
- NEV China Sumbang kepada Mobiliti Lebih Hijau di Indonesia
- OECD Unjur Ekonomi Dunia Tumbuh 2.9 Peratus
- China Tetap Enjin Penting bagi Pertumbuhan Ekonomi Global
- Kereta Jenama China Gamit Pengunjung di Indonesia