- Lain-lain
Pempamer China Harumkan Nama Negara di Geneva
Pameran Reka Cipta Antarabangsa Geneva ke-49 dirasmikan di Geneva, Switzerland bermula semalam waktu tempatan, dan Delegasi China sebagai salah satu pihak pempamer telah membawakan sejumlah 197 item ciptaan, iaitu yang terbanyak dalam sejarah penglibatannya dalam temasya tersebut.?
Zon China dalam pameran tersebut merangkumi sejumlah besar karya pencipta domestik dalam bidang inovasi, antaranya bilangan item perubatan, perlindungan alam sekitar dan tenaga boleh diperbaharui meningkat dengan ketara berbanding pameran edisi yang lalu.
Projek "UAV Keselamatan Pintar Berkuasa Hidrogen" yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan Inovasi Hangzhou di bawah Universiti Aeronautik dan Astronautik Beijing mendapat sambutan baik dari pihak penganjur, dan turut dijadikan sebagai item jemputan khas.