- Lain-lain
China, Indonesia Perincikan Pelaksanaan Projek Kerjasama Fasa Selanjutnya
China bersedia berganding bahu dengan Indonesia maju bersama dalam perjalanan masing-masing yang menuju ke pemodenan, dan berpandukan persepakatan strategik yang dicapai pemimpin kedua-dua negara memperjuangkan matlamat yang holistik untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Indonesia dengan memanfaatkan mekanisme kerjasama dialog peringkat tinggi yang sedia ada.
Demikian dikatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika mempengerusikan Mesyuarat Mekanisme Dialog dan Kerjasama Peringkat Tinggi China-Indonesia Keempat bersama dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan di Labuan Bajo, Indonesia pada Jumaat.
Selain meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi pembangunan Indonesia, merancakkan penjenamaan projek Laluan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung, dan membina Koridor Ekonomi Bersepadu Regional dan “Dua Negara, Dua Taman Industri” sebagai dua projek ikon yang baharu, Wang juga menyeru bahawa hendaklah meluaskan kerjasama dalam bidang ekonomi digital, pembangunan hijau dan memperbaiki hidup rakyat, supaya dapat menyuntik tenaga baharu ke dalam pelaksanaan BRI yang menekankan pembinaan bersama yang berkualiti.
Beliau turut menegaskan kedua-dua negara ini perlu bersama menentang amalan unilateralisme dan perlindungan perdagangan, mempertahankan hak dan kepentingan masing-masing dalam bidang pembangunan, dan memastikan kestabilan dan kelangsungan orde perdagangan antarabangsa terjamin.
Luhut komited kerajaan Indonesia yang baharu akan mengekalkan pelaksanaan polisi persahabatan melibatkan China, konsisten mengamalkan prinsip “Satu China”, dan berusaha memperincikan pelaksanaan projek kerjasama yang konstruktif antara kedua-dua negara.
Kata beliau, kerjasama Indonesia-China pasti akan membawa lebih banyak manfaat kepada rakayat serantau, dan memainkan peranan positif dalam mewujudkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Asia Pasifik.
- Wang Yi Temui Presiden Baharu Indonesia
- Pakar Beri Pujian Tinggi Kerjasama Indonesia-China
- China Sedia Tingkatkan Kerjasama Strategik Seluruh Aspek dengan Indonesia: Xi
- Presiden Xi Bertemu Bakal Presiden Indonesia Prabowo
- China, Indonesia, Labuh Tirai Ekspedisi Saintifik
- Kapal Selam Fendouzhe Cipta Rekod Baharu Indonesia
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Indonesia
- Taman Perindustrian Batang China-Indonesia Adakan Majlis Pecah Tanah
- China, Indonesia Komited Pacu Kerjasama Bilateral
- Buku China Menyerlah dalam Pameran Antarabangsa di Indonesia