- Lain-lain
Pasaran China Sentiasa Terbuka kepada Firma Asing: PM Li
Perdana Menteri China Li Qiang berjanji bahawa pasaran China akan sentiasa terbuka kepada firma asing.
Janji itu dibuat beliau semasa pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk di Beijing pada Ahad.
Li menyifatkan pembangunan Tesla di China sebagai contoh baik kolaborasi perdagangan China-Amerika Syarikat (AS).
Dibuktikan bahawa kerjasama yang menampilkan kesamarataan dan kesalinguntungan selaras dengan kepentingan asas kedua-dua negara, tambah PM itu.
"Seperti dijanji, kami (China) akan terus mempergiat usaha dalam meluaskan akses pasaran dan meningkatkan lagi perkhidmatan untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif dan menyediakan sokongan yang lebih kukuh kepada syarikat asing," kata beliau.
Sementara itu, Musk berkata kilang Tesla bersaiz giga di Shanghai merupakan antara kilang berprestasi terbaik syarikat pengeluar kereta elektrik itu, yang disumbang oleh ketekunan dan kebijaksanaan pasukan China.
Menurut beliau, Tesla bersedia untuk memperdalam kerjasama dengan China untuk mencapai lebih banyak hasil yang sama menang.
- China, AS Patut Jadi Rakan, Bukan Pelawan
- Lima Konsensus Dicapai China dan AS
- Tiga Konsistensi Beijing dalam Kendali Hubungan China, AS
- Antony Blinken Bakal Lawat China
- Kumpulan Kerja Ekonomi China-AS Adakan Mesyuarat keempat
- China, AS Setuju Tingkatkan Dialog dan Kawal Perselisihan
- Setiausaha Perbendaharaan AS akan Lawat China
- Presiden Xi Bertemu Wakil Kalangan Perniagaan, Strategik dan Akademik AS
- Peningkatan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Kondusif bagi China-AS - PM Li
- Pegawai Kanan Keselamatan Awam China, AS Bertemu di Vienna