- Lain-lain
Rundingan Fatah, Hamas di Beijing Capai Kemajuan Positif
Wakil Fatah dan Hamas baru-baru ini datang ke Beijing untuk mengadakan rundingan secara mendalam dan ikhlas bagi menggalakkan perdamaian dalam negara Palestin.
Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian berkata pertemuan berkenaan diadakan atas undangan China dan mencapai kemajuan positif.
"Fatah dan Hamas menyatakan sepenuhnya kemahuan politik untuk mewujudkan perdamaian menerusi dialog dan perundingan, dan membincangkan banyak isu spesifik.
"Mereka bersetuju meneruskan proses dialog seumpama ke arah merealisasikan perpaduan dan penyatuan Palestin," kata Lin semasa taklimat media di Beijing pada Selasa.
Menurut jurucakap itu, kedua-dua pihak menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan China terhadap perjuangan adil rakyat Palestin untuk memulihkan hak bangsa mereka yang sah.
Mereka juga menghargai usaha China menggalakkan perpaduan dalaman Palestin, di samping mencapai kesepakatan mengenai dialog fasa seterusnya.
- China Kecewa AS Memveto Keanggotaan Palestin dalam PBB
- China Seru Pihak Terbabit Bertenang
- Anggota Kerajaan Baharu Palestin Angkat Sumpah
- Blinken Bertemu Presiden Palestin
- Pemimpin Hamas Lawat Mesir Bincang Isu Gencatan Senjata
- Wang Yi, Menteri Luar Arab dan Islam Bincang Isu Palestin
- Lebih 14,400 Maut Akibat Konflik Palestin-Israel
- Sidang Kemuncak Arab-Islam Lulus Resolusi Mengenai Isu Palestin
- Serangan Sasar Hospital Gaza Tidak Boleh Diterima: WHO
- Wakil Tetap China ke PBB Sampaikan Kunci Luban kepada UNSC: Keamanan Ibarat Kunci Luban, Mudah Musnah Tapi Sukar Dibina Semula