99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kisah Xi | Monumen Keluli, Lambang Persahabatan China-Serbia

Presiden China, Xi Jinping tiba di Belgrade untuk membuat lawatan rasmi ke Serbia atas undangan rakan sejawatannya, Aleksandar Vu?i? Selasa lalu.

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua Xi melawat ke negara itu selepas lapan tahun.

Kilang Keluli Smederevo.

Kilang Keluli Smederevo.?

Di timur laut Serbia pula, terdapat sebuah bandar kecil yang mempunyai hubungan sangat erat dengan China, dan bandar itu ialah Smederevo.

Di situ, terdapatnya Kilang Keluli Smederevo yang mempunyai sejarah berabad lamanya, dan ia merupakan sumber utama fizikal tempatan. Namun, ia semakin merosot dan hampir bankrap berikutan persaingan yang sengit serta cabaran dalam pengurusan.

Pada 2016, ia diambil alih oleh Hesteel Group dari China, sekali gus menyuntik keyakinan semula kepada pekerja kilang itu.

19 Jun 2016, Xi yang sedang membuat lawatan rasmi di negara itu mengadakan lawatan ke Kilang Keluli Smederevo, dan berjanji bahawa China akan memperkenal teknologi terkini, memperluas pasaran, mencipta peluang pekerjaan dan memberikan manfaat kepada kehidupan penduduk tempatan.

Sebagai tanda penghargaan, pekerja tempatan menghasilkan satu monumen keluli dengan terukir landskap kilang padanya dan dihadiahkan kepada Xi.

Presiden Xi Jinping berbual-bual dengan pekerja Kilang Keluli Smederevo pada 19 Jun 2016. (Xinhua/Ma Zhancheng)

Presiden Xi Jinping berbual-bual dengan pekerja Kilang Keluli Smederevo pada 19 Jun 2016. (Xinhua/Ma Zhancheng)

Pada masa sama, Hesteel Group giat menghantar penasihat teknologi ke Serbia, selain turut menawarkan program pertukaran kepada kumpulan pengurusan di Serbia. Sejak 2016, Kilang Keluli Smederevo menjana pendapatan eksport 4.77 bilion Euro, dan menjadi pengeksport terbesar Serbia selama beberapa tahun berturut-turut.

Pada 2023, Kilang Keluli Smederevo menyumbang kepada 1.15 peratus KDNK Serbia, iaitu sebanyak 795 juta Euro.

Kilang Keluli Smederevo pula menjadi teladan kerjasama dua hala di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan(BRI).

Monumen keluli yang dihadiahkan oleh pekerja Kilang Keluli Smederevo kepada Presiden Xi Jinping pada Jun 2016. (Foto/Hu Yang)

Monumen keluli yang dihadiahkan oleh pekerja Kilang Keluli Smederevo kepada Presiden Xi Jinping pada Jun 2016. (Foto/Hu Yang)

“Pekerja kilang keluli adalah peserta, penyaksi, penyumbang dan penerima manfaat daripada kerjasama China-Serbia,” kata Xi ketika membalas surat pekerja Serbia kilang itu pada 29 April lalu.

Beliau turut menyuarakan hasrat agar para pekerja untuk terus giat berusaha dan menyumbang lagi kepada pertumbuhan ekonomi setempat dan persahabatan China-Serbia.

Video

Berita Berkaitan