99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Peng Liyuan Melawat Muzium Kebangsaan Serbia

(CRI)Khamis 09 Mei 2024

Isteri Presiden China Xi Jinping, Prof Peng Liyuan mengadakan kunjungan ke Muzium Kebangsaan Serbia pada Rabu, ditemani isteri Presiden Serbia Aleksandar Vucic, Tamara Vucic.

Setelah melawat pameran lukisan halus, Prof Peng menyatakan bahawa Muzium Kebangsaan Serbia mempunyai sejarah lama dan koleksi yang banyak.

"Muzium bukan sahaja jendela untuk melindungi dan mempamerkan khazanah budaya, malah juga dewan untuk menyemarakkan peradaban," kata Prof Peng.

Beliau menzahirkan harapan agar China dan Serbia dapat terus mengukuhkan kerjasama dan pertukaran kebudayaan, bersama-sama membina jambatan bagi dialog tamadun.

Prof Peng dan Tamara juga menyaksikan demonstrasi kemahiran kraf tangan tradisional oleh wanita Serbia seperti teknik menenun, dan berbual-bual dengan mereka.

Prof Peng berkata, teknik menerun Serbia indah, halus dan mempunyai ciri-ciri tersendiri. Ia merupakan warisan budaya tidak ketara penting yang dipelihara dan diwariskan dengan baik.

"Budaya penenunan dari China dan Serbia mempunyai persamaan. Kedua-dua negara boleh meningkatkan pertukaran dan saling belajar yang melibatkan golongan muda, supaya memelihara pewarisan kraf tangan tradisional dari generasi ke generasi," kata Prof Peng.

Kedua-dua wanita pertama juga meluangkan masa membuat bola felt Serbia di muzium itu.

Ditubuhkan pada tahun 1844, Muzium Kebangsaan Serbia mempunyai koleksi lebih daripada 400,000 unit, menjadikannya muzium terbesar dan tertua di Serbia.

Video

Berita Berkaitan