- Lain-lain
China, Vietnam Lepaskan Anak Hidupan Akuatik ke Teluk Beibu
Jabatan berkenaan dari China, Vietnam bersama-sama melepaskan kira-kira 128 juta ekor anak hidupan akuatik ke perairan Teluk Beibu di kuala Sungai Beilun bandar Dongxing di wilayah Guangxi, selatan China pada Khamis.
Jumlah anak hidupan akuatik yang dilepaskan kali ini merupakan yang terbanyak dalam sejarah aktiviti berkenaan.
Siri aktiviti itu bertujuan untuk meningkatkan sumber dan jumlah spesies hidupan akuatik di perairan terbabit, memelihara sumber biologi akuatik dan mengekalkan keseimbangan ekologi perairan, menggalakkan kerjasama antara China dan Vietnam dalam bidang perikanan, menjana pendapatan nelayan, sekali gus memacu pembangunan mampan perikanan serantau.
Untuk rekod, China dan Vietnam pernah menjalankan aktiviti pelepasan anak hidupan akuatik sebanyak tujuh kali dengan melepaskan sejumlah lebih 354 juta ekor ke Teluk Beibu.
- Pengawal Pantai China, Vietnam Adakan Rondaan Bersama
- Wang Yi Bertemu TPM Vietnam
- Xi Temu Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan Vietnam
- Xi, Trong Saling Zahir Ucapan Selamat Menyambut TBC
- Kereta Api Khas China-Vietnam Tingkatkan Efisien Perdagangan Rentas Sempadan
- Belia Lakar Masa Depan Persahabatan China, Vietnam - Presiden Xi
- China, Vietnam Sepakat ke arah Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Negara Berkepentingan Strategik
- Xi Bertemu dengan Presiden Vietnam Vo Van Thuong
- Xi Bertemu PM Vietnam Pham Minh Chinh
- Xi Bertemu Pengerusi Dewan Undangan Negara Vietnam Vuong Dinh Hue