- Lain-lain
Laluan Penerbangan Penumpang yang Baharu untuk Hubungkan Nanjing, KL
(Foto/vip.people.com.cn)
China Easter Airlines mengumumkan pelancaran perkhidmatan penerbangan penumpang harian mulai 30 Jun depan, yang akan menghubungkan Nanjing iaitu ibu kota provinsi Jiangsu di timur China dan juga Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.
Penerbangan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing Lukou dijadualkan berlepas pada pukul 10.50 malam, dan mendarat di Kuala Lumpur pada pukul 4.40 pagi hari berikutnya. Manakala, penerbangan masuk pula akan berlepas pada pukul 5.50 pagi dan tiba di Nanjing pada pukul 11.35 pagi pada hari yang sama.
Perkhidmatan penerbangan baharu itu dilihat muncul ketika pelancongan antarabangsa mengalami kebangkitan semula, dengan China menjadi salah satu sumber pelancong terbesar ke Malaysia selama bertahun-tahun.
Untuk rekod, Malaysia telah memberikan kemasukan tanpa visa kepada pelancong China selama 30 hari sejak 1 Disember 2023.
Semasa cuti lima hari Hari Pekerja di China baru-baru ini, penerbangan masuk dan jumlah penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing Lukou masing-masing melonjak sebanyak 79.2 peratus dan 89.5 peratus dari tahun ke tahun, dengan sebahagian besar kemasukan datang dari Asia Tenggara.
- China Eastern Rasmikan Penerbangan Kunming-KL
- Guiyang Buka Semula Penerbangan Terus ke KL
- Shanghai Buka Laluan Penerbangan Terus ke Pulau Pinang Sempena Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik
- Laluan Penerbangan Terus Nanjing-Semporna Mulakan Operasi
- Langkah Permudah Urusan Visa Pacu Pelancongan, Penerbangan ke ASEAN Bertambah
- Penerbangan Pengangkutan Penumpang Antarabangsa China Pulih 62.8% Berbanding Sebelum Pandemik
- CAAC Tambah Penerbangan Terus China-AS
- Perkhidmatan Penerbangan Antarabangsa Terus Pulih: CAAC
- Penerbangan Antarabangsa China Pulih dengan Teratur
- Hainan Pelopor, Kekal, Jaga 'Jalan Sutera udara', Sumbang kepada Pertukaran Antarabangsa